Usia bukan penghalang untuk hadir himpunan kata Ishak Surin yang berusia 84 tahun

PETALING JAYA: Ketua AMANAH Parlimen Batu, Cikgu Ishak Surin dalam usia 84 tahun tetap hadir dalam Himpunan Hapuskan Kleptokrasi Sabtu lalu.

Beliau berkata, dirinya terpanggil untuk hadir kerana menganggap setiap rakyat Malaysia yang bermaruah wajib menentang kleptokrat.

“Setiap rakyat Malaysia tidak harus melepaskan peluang untuk bersuara menentang golongan mustakbirin (penindas).

“Cukuplah tempoh diberi kepada mereka menyamun harta negara kerana kita tidak mahu Malaysia ini terus dikuasai kleptokrat,” katanya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *