Ustaz Wan Ji ditahan polis sebaim usai solat Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin semalam ditahan polis sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media.

Wan Ji yang juga ketua Exco Agama Pemuda PKR itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Wan Ji ditahan,” kata Saifuddin.

Polis mengesahkan penahanan tersebut dan berkata Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Dalam perkembangan berkaitan, polis memberitahu Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditahan dalam siasatan ke atas video tular yang didakwa menghina “Tuanku”.

Ketua Polis Negara Tan Sri, Fuzi Harun berkata polis bertindak di atas laporan yang dibuat terhadapnya. Wan Ji, yang baru 2 minggu dilantik sebagai pegawai penerangan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan semalam.

“Laporan sudah terima banyak hari dan hari ini kita dapat kesan dia kita tangkaplah,” kata Fuzi ketika ditemui di Padang Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Beliau ditahan sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Wan Ji yang juga Exco Agama Pemuda PKR dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

Menurut Bernama, jawatankuasa Surau Mohd Al-Fateh di Taman Pauh Jaya baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Wan Ji yang didakwa menghina institusi diraja dan kesultanan negara menerusi ceramahnya. Satu lagi laporan polis dibuat di Kuala Lumpur.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *