Tak Kok Wai umum struktur kepimpinan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (HARAPAN) Wilayah Persekutuan semalam telah mengumumkan struktur kepimpinannya. Ia telah diumumkan oleh Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai selaku Pengerusi HARAPAN Wilayah Persekutuan yang juga Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan.

Menurutnya, HARAPAN Wilayah Persekutuan akan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai isu perbandaran, penjualan tanah kerajaan dan sebagainya yang sering melanda warga kota.

Menurutnya, banyak keputusan dan dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat seolah-olah dipengaruhi Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Kementerian ini nampaknya semata-mata diasaskan untuk mengawal DBKL untuk mencapai tujuan sempit Umno,” katanya dalam majlis pengumuman struktur kepimpinan HaRAPAN di Vivatel Hotel dekat sini, pagi semalam.

Berikut adalah senarai struktur kepimpinan HARAPAN Wilayah Persekutuan:

Pengerusi: YB Tan Kok Wai (DAP).

Timbalan Pengerusi: YB Idris Ahmad (PKR), YB Dr Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH), YB Fong Kui Lun (DAP), Muhammad Suhaimi Yahya (PPBM).

Naib Pengerusi: Datuk Seri Dr Santhara Kumar (PKR), Datuk Ahmad Tarmizi Mohd Jam (AMANAH), YB Teresa Kok (DAP), Muhammad Zahid Md Arip (PPBM).

Setiausaha: YB Lim Lip Eng (DAP).

Penolong Setiausaha: Othman Karim (PKR).

Bendahari: Che Zam Hamzah (PKR).

Ketua Pemuda: Zahin Zainal (PPBM).

Ketua Wanita: Niekmah Adam (AMANAH).

Pengarah Pilihan Raya: Zahir Hassan (PKR)

Pengarah Manifesto: Sally Sian Keng Eng (DAP).

Ketua Biro Maklumat: Zaharudin Othman (AMANAH).

Ketua Biro Undang-undang: Zulhazmi Shariff (DAP).

Pengarah Strategik: Onn Abu Bakar (PKR).

Anggota Exco: Ismail Yahaya, Angus Ng, S Ganapathy, Ir Hayatul Kamil Termudi, Janice Choo Chen Leece, Bryan Lew Chee Kwan, Hasnul hadi Ahmad, Mohd Faizal Wiliam Abdullah, dan Ir Ahmad Tamby Kadir.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *