Seramai 20 pemimpin Pakatan Harapan berucap dalam himpunan 14 Oktober hari ini

KUALA LUMPUR: 20 pemimpin utama dari empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan memberikan ucapan masing-masing dalam Himpunan “Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi” hari ini, 14 Oktober.

Himpunan yang bakal bermula jam 4 petang di Padang Timur, Jalan Barat, Petaling Jaya itu akan tamat hingga jam 11 malam.

Penceramah dari AMANAH adalah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Penceramah Bersatu pula Tun Dr. Mahathir Mohamad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Cik Rina Harun dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PKR pula adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Azmin Ali, Dr. Xavier Jayakumar,YB Zuraida Kamaruddin dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Manakala DAP pula Lim Guan Eng, Tony Pua Kiam Wee, M. Kulasegaran, Chong Eng dan Wong Kah Woh.

Selain itu, acara-acara lain yang diadakan termasuk pameran berkaitan isu 1MDB, pameran karya-karya pertandingan komik ‘Sayangi Malaysia’, serta persembahan kebudayaan dan muzik. Permainan ‘Kleptopoly’ juga ada untuk dimain para hadirin.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *