Pakatan harapan tawar 5 Agenda Wanita Harapan Malaysia kepada golongan wanita

KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Harapan (PH) telah mengorak langkah dengan memeterai kerjasama yang lebih erat di antara parti gabungan bagi tujuan memperkasakan golongan wanita yang menepati asas dasar Wanita Pakatan Harapan.

Dalam kenyataan bersama oleh Ketua Wanita Pakatan Harapan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Cheng Eng, Ketua Wanita AMANAH Dr Siti Mariah Mahmood dan Ketua Srikandi Bersatu Rina Harun menyebut, kerjasama sayap wanita, di antara parti PKR, DAP, AMANAH dan Bersatu telah berbincang untuk penggubalan agenda kerjasama yang erat untuk kepentingan wanita Malaysia.

“Wanita PH akan menawarkan Agenda Wanita Harapan Malaysia yang bertujuan untuk menjadi asas dasar Wanita PH yang akan dilaksanakan.

“Wanita PH melihat wanita sebagai tonggak utama kesejahteraan masyarakat yang memerlukan satu sistem yang mapan dan berkesan.

“Wanita PH melihat kepentingan untuk mewujudkan pengaturan sosial yang akan menjaringkan wanita dan institusi kerajaan serta swasta bagi satu muafakat masyarakat yang berjaya menjanakan perubahan,” ujar satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Wanita PH turut menyenaraikan usaha ke arah mengarusperdanakan peranan, penglibatan dan agenda wanita dalam masyarakat dengan memperkenalkan beberapa perkara.

1. Dengan Penubuhan Agensi Pembangunan Wanita di setiap negeri
Contoh : PWDC di Pulau Pinang dan IWB di Selangor.

2. Memperkenalkan Dasar Ekonomi Peduli Wanita – dengan fokus kepada peningkatan usaha meningkatkan keusahawanan wanita dan pemilikan aset wanita.

Contoh : (i) Dasar Wanita Niaga (ii) Memudahcara penubuhan Dewan Perniagaan Wanita untuk meningkatkan jaringan keusahawanan di antara wanita. (iii) Memperkenalkan Koperasi Wanita. Bantuan diberi, misalnya di Selangor akan diberikan saham koperasi kepada suri rumahtangga. (iiii) Menjadikan pendidikan kewangan sebagai Agenda Nasional
(v) Pemberian nilai dan manfaat ekonomi kepada kerja-kerja rumahtangga yang tidak bergaji yang dilaksanakan oleh kebanyakan wanita, agar dinilai di dalam KDNK.

Penghargaan kepada wanita telah dibuat melalui Kerajaan Pulau Pinang misalnya yang memberi sumbangan kepada suri rumahtangga. (vi) Merekayasa GRB (Gender Responsive Bdugeting)

3. Menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Undang-undang Keluarga
Contoh: Jawatankuasa Reformasi Undang-undang akan ditubuhkan di Selangor dan Pulau Pinang

4. Jaminan Jaringan Muafakat Masyarakat.
Memperkenalkan pusat-pusat komuniti dengan pegawai-pegawai wanita untuk menjadi penyusun, penggerak dan pemudahcara masyarakat.
Contoh: Pusat-pusat Wanita Berdaya di setiap Dun di Selangor akan ditambah baik untuk menjadi agen jaringan berkesan di antara masyarakat dan kerajaan. PWB sebagai pusat setempat masyarakat untuk hal ehwal wanita dan mewujudkan jaringan yang melahirkanpemudahcara masyarakat.

5. Pendemokrasian Kepimpinan & Politik
Wanita sebagai pemimpin di setiap tahap kepimpinan. Mendesak kuota 30% untuk wanita di setiap peringkat pelantikan, sama ada JKK, ahli majlis, GLC dan pembuat keputusan di peringkat kerajaan. Memperkenalkan Audit Penglibatan Wanita.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *