Polis hanya bagi alasan ‘lapok’ untuk halang himpunan anjuran Pakatan Rakyat 14 Oktober ini

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin menganggap pihak polis mengunakan alasan ‘lapok’ apabila menjadikan alasan ‘gangguan lalu lintas’ untuk tidak membenarkan penganjuran Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi diadakan pada Sabtu ini.

Dalam status di laman facebooknya Hanipa berkata, pengalaman sama ketika Pakatan Harapan mengadakan himpunan Bersih untuk berarak secara aman, pihak polis dakwanya mengarahkan penganjur berpindah ke stadium atau padang.

“Ni orang nak buat kat padang tak boleh pulak.. Cukuplah bagi alasan lapok.

“Lagipun, PH atau penganjur dah kata akan bantu tolong polis jaga lalu lintas… apa nak lagi?

“Sebarang perhimpunan orang ramai pasti akan jejas lalu lintas… biasalah… jika ada pertandingan bola atau konsert atau apa apa perayaan di stadium, padang atau kat mana sekali pun, pasti akan ada gangguan lalu lintas… tu biasalah.

“Hanya tak ada gangguan jika buat himpunan kat hutan Hulu Tembeling,” sindirnya.

Hanipa turut mengembalikan ingatannya kepada penganjuran perhimpunan aman yang pernah diadakan di ibu kota yang mana penganjur berjumpa Ketua Polis Negara dan pegawai atasan di Bukit Aman.

“Polis kata jika buat perhimpunan peniaga susah. Penganjur jawab tak logik peniaga susah jika orang ramai… makin untung adalah.

“Mana ada peniaga yang tak suka ada orang ramai. Polis kata peniaga susah sebab bila polis sembur air atau gas para peserta akan lari masuk premis peniaga.

“Abang Mat Sabu (Presiden AMANAH Mohamad Sabu) yang ada dalam pertemuan itu berkata pada polis, “jika polis sembur air atau gas, bukan premis peniaga sahaja kami akan masuk, kandang babi pun kami sanggup masuk!,” cerita Hanipa beranggapan tindakan polis menyembur gas dan air menyebabkan peniaga susah bukan kerana perhimpunan.

Hari ini media melaporkan Pakatan Harapan tidak akan berganjak daripada arahan polis yang tidak membenarkan himpunan diadakan di Padang Timur Petaling Jaya.

Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu berkata, pihak polis berpendapat himpunan itu akan mengganggu laluan penumpang yang menggunakan stesen LRT Taman Jaya, menyekat akses bas di stesen berkenaan serta mengganggu lalu-lintas di Jalan Timur.

Sehubungan itu, mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihak penganjur tidak bercadang untuk mengadakan himpunan tersebut di lokasi alternatif lain memandangkan pihaknya telah melakukan persediaan bagi penganjuran himpunan ala karnival berkenaan.

Surat yang ditandatangani Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din itu berkata, notis yang dikemukakan penganjur mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 itu ditolak berdasarkan enam faktor yang berkaitan masalah lalu-lintas.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *