Ku Li yakin lawan pertandingan 3 penjuru di Kelantan baik, rakyat akan tolak PAS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap pertembungan 3 penjuru pada Pilihan Raya Uum ke-14 (PRU-14) di Kelantan sebagai 1 perkembangan yang baik.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata persaingan 3 penjuru akan membolehkan pengundi di Kelantan memilih wakil rakyat daripada parti yang boleh membantu mereka.

Dipetik BH Online, Tengku Razaleigh yakin rakyat Kelantan akan menolak parti lain termasuk PAS yang tidak membawa perubahan terhadap taraf hidup rakyat walaupun sudah lama memerintah negeri ini. PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

“Rakyat Kelantan mungkin beralih sokongan kepada Umno yang bersedia membawa perubahan,” kata beliau selepas merasmikan Himpunan Usahawan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Parlimen Gua Musang di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.

Ketika diminta mengulas kemungkinan kerjasama di antara Umno dan PAS, Tengku Razaleigh berkata, setakat ini belum ada cadangan bagi tujuan itu dan peringkat bawahan Umno juga mungkin menolak kerjasama terbabit.

“Tak ada cadangan nak bergabung dengan PAS. Saya juga tak fikir peringkat bawahan bersetuju berbuat demikian,” katanya.

Beliau juga tidak mahu ‘pisang berbuah 2 kali’ jika kerjasama politik dijalin di antara Umno dan PAS di Kelantan pada PRU14.

Sehubungan itu, bekas menteri kewangan ini mahu kepemimpinan Umno mengkaji dahulu perkara terbabit kerana sejarah di Kelantan sudah membuktikan perjuangan kedua-dua parti berkenaan tidak sama.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *