Pakatan Harapan bakal hilang undi jika hak Melayu diabaikan selepas ambil alih Kerajaan Persekutuan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj mengingatkan Pakatan Harapan (PH) boleh kehilangan sokongan pengundi Melayu luar bandar dalam PRU14 melainkan ia memberi tumpuan terhadap kebimbangan komuniti itu tentang kemungkinan kemerosotan hak mereka.

Pemimpin PSM berkata terdapat kebimbangan di kalangan orang Melayu di kawasan luar bandar yang PH tidak akan tegas dalam mempertahankan hak-hak ekonomi mereka jika pakatan pembangkang mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Justeru beliau berkata, PH perlu memberi tumpuan yang cukup untuk
menangani kebimbangan itu, dan bukannya meletakkan lebih banyak tumpun terhadap isu seperti 1MDB dan rasuah membabitkan Barisan Nasional (BN).

“Rasuah dan 1MDB adalah isu penting, tetapi selain membincangkan isu-isu itu, Pakatan juga harus menangani kebimbangan orang Melayu luar bandar tentang masa depan mereka.

“Umno mempunyai sistem sokongan yang jelas berkenaan dengan insentif dan subsidi bagi golongan miskin Melayu, sehingga parti dilihat sebagai pelindung mereka,” kata Jeyakumar kepada FMT.

Beliau menambah, PH belum bertindak secukupnya untuk menghapuskan keraguan tentang sistem sokongan yang diambil jika ia berkuasa kekal.

Jeyakumar berkata, masih sukar untuk menangani tuduhan BN terhadap PH.

Beliau juga memetik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memberitahu penjawat-penjawat awam awal minggu ini untuk membayangkan masa depan mereka jika pembangkang berkuasa.

Beberapa ahli pembangkang sebelum ini mendakwa saiz perkhidmatan awam seramai 1.6 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Jeyakumar berkata, ramai orang Melayu luar bandar dan di kawasan bandar merasakan bahawa walaupun Umno mungkin korup, tindakan menolak parti itu boleh menyebabkan insentif dan subsidi yang dinikmati akan hilang.

“Mereka sedar kerajaan sedia ada ada (isu) rasuah dan ada perkara-perkara yang tidak betul.

“Tetapi mengenai isu tindakan afirmatif, mereka di Pakatan telah memberi gambaran bahawa mereka memihak kepada pasaran bebas di mana pasaran akan menentukan isu.

“Kebimbangan seperti itu akan membantu Umno mengekalkan undi Melayu kawasan luar bandar,” katanya.

Oleh itu menurut Jeyakumar, subsidi-subsidi dilaksanakan oleh kerajaan Umno termasuk baja percuma bernilai RM300 juta yang diagihkan kepada petani padi, bayaran bulanan sebanyak RM300 untuk nelayan kecil dan faedah bagi pekebun kecil getah.

Beliau berkata, masih belum lewat bagi PH untuk membuat kenyataan dasar untuk mengendalikan program sosial dan ekonomi yang disasarkan kepada golongan miskin Melayu walaupun ada insentif dan subsidi yang sedia ada, kerana orang Melayu juga menghadapi banyak masalah.

Beliau memetik contoh pekebun-pekebun kecil getah yang mengadu menerima benih getah kelas rendah daripada kontraktor Bumiputera, menyebabkan mereka kurang mendapat keuntungan.

“Para pekebun kecil merasa ditipu. Mereka menunggu selama 7 tahun untuk pokok itu tumbuh hanya untuk mendapatkan getah hasil yang lebih rendah. Perkara ini perlu dipertimbangkan.”

Beliau juga berkata, walaupun kerajaan memberi RM300 kepada nelayan, ia juga mengeluarkan lesen untuk kapal asing untuk menangkap ikan di perairan Malaysia, menyebabkan penduduk tempatan kurang mendapat tangkapan.

“Ini adalah isu-isu yang harus dilihat oleh Pakatan. Kita perlu mempunyai langkah untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

“Adakan perbincangan di peringkat bawah. Ia akan meyakinkan orang bahawa kita menyedari isu mereka. Isu-isu ini juga boleh dimasukkan ke dalam manifesto,” katanya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *