Umno-BN bukan penentu nasib penjawat awam, ia merupakan dua entiti yang terpisah

KUALA LUMPUR: Masa hadapan perkhidmatan awam tidak bergantung kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO kerana ia merupakan dua entiti yang terpisah, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Sebaliknya, perkhidmatan awam berkhidmat dengan kerajaan sedia ada, tidak kira BN ataupun Pakatan Harapan (HARAPAN) serta mencurahkan bakti kepada negara dan rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas ‘ugutan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa penjawat awam memberikan kesetiaan kepada kepimpinan dan pentadbiran sedia ada, di hadapan kira-kira 5,000 penjawat awam dua hari lalu.

Najib mendakwa, masa depan sektor awam boleh terjejas sekiranya kerajaan HARAPAN mengambil alih pentadbiran negara.

“Najib telah tersilap. Perkhidmatan awam menumpahkan taat setia kepada rakyat dan negara, bukannya kepada mana-mana parti politik atau kolasi tertentu.

“Perkhidmatan awam dibiaya oleh hasil cukai rakyat Malaysia dan bukannya dari poket perdana menteri atau mana-mana parti politik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, ‘ugutan’ Najib yang bertujuan menakut-nakutkan penjawat awam yang rata-ratanya dari kalangan orang Melayu amat tidak bertanggungjawab.

“Kerajaan HARAPAN telah memerintah selama dua penggal di Pulau Pinang dan Selangor merupakan jaminan dan bukti ke pada semua penjawat awam bahawa di bawah Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan, ia akan bersaing dengan UMNO-BN untuk menjadi lebih baik berbanding di bawah pentadbiran Najib,” ujar beliau.

Kit Siang juga berkata rakyat Malaysia turut berhak bertanyakan tentang hak Najib untuk membangkitkan perkara tersebut.

“1.5 juta penjawat awam dan 32 bilion rakyat Malaysia berhak untuk mempersoalkan legitimasi Najib membangkitkan tentang ‘wala’ (ketaatan) memandangkan beliau tidak melakukan apa-apa untuk membersihkan dakwaan memalukan ‘kleptokrasi global’ atau kepimpinannya yang dibayangi gelaran ‘kleptokrat’ dan ‘MO1’,” katanya lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *