Tun Mahathir bersama pimpinan Pakatan Harapan baca Yasin selamatkan Malaysia

BACA YAASIN UNTUK MALAYSIA… Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad malam 1 Oktober lalu bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Harapan membaca Yassin beramai-ramai di ibu negara. Ia anjuran Institut Ilmuwan Al-Munawarah sebagai munajat kepada Allah SWT agar dipelihara dan diselamatkan Malaysia dari sebarang keburukan. Majlis diketuai Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Pada malam itu tazkirah turut disampaikan oleh pimpinan yang hadir termasuklah Tun Mahathir. Turut hadir YB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Hj Anuar Tahir, Ir Izham Hashim, Abang Kardee, Datuk Kamaruddin Jaafar dan ramai lagi pimpinan AMANAH, BERSATU, NGO-NGO serta orang ramai.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *