Tian Chua antara yang tidak pernah gagal sertai himpunan – Mohd Sabu

Saya mengenali Tian Chua sejak beliau bergerak dalam NGO. Apabila saya dipilih oleh parti Pas mengetuai Jawatankuasa Mobilisasi dan Demokrasi, banyak himpunan yang diadakan dan Tian Chua antara yang tidak pernah gagal menyertainya.

Apabila setiap kali himpunan nak diadakan, Tian Chua muncul untuk memberikan pandangan-pandangan dalam mesyuarat, bahkan turut terlibat secara aktif di setiap himpunan.

Dari Himpunan BERSIH 1 sampailah ke BERSIH 5, Tian Chua tidak pernah ketinggalan, dan jika saya dipilih sebagai komander himpunan, Tian Chua adalah timbalannya.

Kami saling berganding bahu turun ke jalan raya mengadakan himpunan menuntut pilihan raya yang bersih, kehakiman yang luhur, iaitu kami usahakan melalui himpunan rakyat secara aman.

Kini beliau memilih untuk berada dalam penjara selama satu bulan. Saya ucapkan syabas kepada beliau semoga perjuangan kamu dan perjuangan kita bersama akan terserlah tidak lama lagi.

Semoga regim kleptokrasi akan ditumbangkan melalui kebangkitan rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.

#AmanahDemiNegara

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
30 September 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *