Kejutan tak menjadi, Festaqim 2.0 gagal himpun 200k walaupun kerahan dibuat seluruh negara

Kejutan tak menjadi, Festaqim 2.0 gagal himpun 200k walaupun kerahan dibuat seluruh negara

Himpunan Fastaqim kelmarin mengejutkan aku, Sebab nya ia gagal mencapai sasaran walaupun dibuat di Terengganu… ketika diumumkan Tantawi Fastaqim akan diadakan di Terengganu, aku dah tulis.

Aku menjangka kan PAS akan dapat kumpulkan seramai mungkin ahli PAS, tanpa kerahan dari Seluruh negara pun, andai dikira jemaah kehadiran Kuliah dan ceramah PAS di Rusila hampir setiap minggu pun dah cukup untuk orang ramai memenuhi sekitar kawasan Pantai tu.

Sebabnya Terengganu adalah kubu kuat PAS dan pendokong Hj Hadi… Sepanjang Minggu lepas aku tak komen langsung, sebab aku jangka PAS akan capai Sasaran.

Sapa yg ikuti video Promo, atau Montaj Fastaqim… semua video promo dari Drone, dan pandangan dari Udara di sepanjang pantai Tok Jembal.

Pada jangkaan aku, PAS mahu merakamkan, saat dan ketika akan ada video dari udara yg anak muda, pendokong PAS akan memenuhi sekitar dan di sepanjang persisir pantai.

Malangnya ia hanya dipenuhi di sekitar pentas utama, yg pada aku hanya sebesar padang bola.

Bagi aku ceramah dan Roadshow Mahathir hari ini, di seluruh negara, tanpa kerahan adalah lebih kurang sama jumlahnya.. video dari Udara dan Drone hanya ada pada waktu malam dan dimalam kemuncak Fastaqim.

Video waktu malam, video dalam gelap memang mudah dimanipulasi.. ia fenomena biasa ceramah perdana di Rusila.

Ingat lagi aku ceramah beberapa hari selepas PRU 13, Rakyat memenuhi sekiar jalan dan kawasan di Rusila.. jumlahnya hampir sama dgn ceramah Semalam.

Tak kisah lah berapa jumlah nya.. apapun harapan aku untuk nantikan kejutan yg dijanjikan Tantawi tak kesampaian, kemungkinan kegagalan kejutan malam tadi bermula dari kegagalan kejutan Najib di Selangor.

Kemungkinan besar TS Khalid akan sertai PAS jika Najib berjaya merampas Selangor dan TS Khalid akan jadi MB bagi PAS.. apapun bagi aku, kegagalan di Selangor inilah punca segala kegagalan kejutan malam tadi.

Aku bercakap jujur… orang PAS jgn marah, kalau korang nak ngaku yg datang 200 ribu orang pun takpe.

Ahmad Muslim Badawi
Ipoh, Perak

Status FB – 1 Okt 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *