AMANAH Puteri Wangsa rai perayaan Kuih Bulan – Suhaizan Kaiat

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor bersama-sama Pusat Peduli Rakyat N41 Puteri Wangsa telah mengadakan sesi bertemu masyarakat Tiong Hwa dalam meraikan suasana sambutan kuih bulan yang berlangsung pada 4 Oktober 2017 ini.

2. Pihak kami telah bertemu dengan masyarakat Cina yang berada di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Puteri Wangsa sebagai tanda kebersamaan untuk berkenalan serta menjalinkan hubungan dengan masyarakat yang menyambut perayaan tersebut.

3. Pihak kami telah menemui mereka di sekitar kedai makan Cina serta mengedarkan kad ucapan sambutan Kuih Bulan dan Tanglung kepada kanak-kanak yang berada di tempat krew kami hadir.

4. Sambutan yang diberikan kepada krew kami amat meriah dan respons kepada kehadiran kami dianggap terbaik di mana ada yang menyatakan harapan mereka untuk bersama-sama menjayakan Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.

5. Pihak kami turut dibantu dengan kerjasama dari parti DAP yang juga turut serta dalam menjayakan program ramah mesra sesama masyarakat yang menyambut perayaan Kuih Bulan ini.

6. Pihak kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ‘Selamat Menyambut Perayaan Kuih Bulan’ kepada seluruh masyarakat yang menyambutnya dan semoga kita semua akan dapat hidup ke arah yang lebih baik selepas ini.

SUHAIZAN KAIAT
PENGERUSI
PUSAT PEDULI RAKYAT
N 41 PUTERI WANGSA
3 Oktober 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *