Amanah Pontian lancar jentera buka bilik gerakan – Muhamad Taqiuddin

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor telah melancarkan jentera serta bilik gerakan di empat tempat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen Pontian Johor.

2. Bilik gerakan yang dibuka adalah seperti berikut:
– PDM Sungai Trus
– PDM Pontian Besar Kiri
– PDM Parit Kudus
– PDM Parit Sikom

3. Selain itu pihak kami juga telah mengadakan konvoi yang membabitkan jentera kawasan yang diketuai oleh Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Haji Salahuddin Ayub yang turut menjadi perasmi bagi keempat-empat PDM di Parlimen Pontian.

4. Selain itu, pihak kami juga telah mengadakan lawatan ke berapa tempat untuk bersama masyarakat selain beramah mesra dengan mereka dalam pertemuan dari meja ke meja.

5. Tujuan pelancaran atau perasmian bilik gerakan ini adalah sebagai langkah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihanraya Umum Ke14 (PRU14) yang bakal berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang.

6. Pihak kami juga akan membuat gerak kerja bagi mendekati masyarakat di kawasan yang ditumpukan seperti Pontian yang juga menjadi sasaran parti Amanah dan Pakatan Harapan (PH) untuk dimenangi.

MUHAMMAD TAQIUDDIN CHE MAN
KETUA PEMUDA
PARTI AMANAH NEGARA
NEGERI JOHOR
1 Oktober 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *