Menu istimewa Mat Sabu menjamu makan malam Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah

TUN MAHATHIR BERTANDANG… Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menyediakan masakan untuk tetamu istimewa bekas PM 22 tahun yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang datang bertamu ke rumahnya pada malam 27 September lalu di Shah Alam. Jiran-jiran turut meraikan kehadiran negarawan ini. Menu istimewa yang dimasak sendiri oleh Mat Sabu ialah Daging Kambing Nampla Goreng, Sup Kambing, Gulai Ayam Kampung, Ikan Pekasam serta Air Asam.

“Terima kasih Tun M dan isteri yang sudi berkunjung ke kediaman saya. Moga kita terus teguh melawan regim kleptokrat demi Malaysia yang lebih baik,” kata Timbalan Presiden Pakatan Harapan itu dalam status FBnya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *