Nisah Haron buktikan karya sastera Malaysia bertaraf Antarabangsa, AWAN ucap tahniah

KUALA LUMPUR: Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) mengucapkan tahniah kepada Puan Nisah Haron atas penganugerahan Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) 2017 pada 11 September 2017 di Sari Pan Pacific Jakarta, Indonesia.

Menurut Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan, Atriza Umar, tentu sekali karya penulis dari Malaysia ini memiliki kualiti dan mutu yang tinggi sehingga mampu diangkat ke peringkat Asia Tenggara sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Beliau berharap, penganugerahan yang dicapai ini akan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti dan bermanfaat untuk bacaan masyarakat dan rakyat Malaysia, khususnya.

“Tahniah Puan Nisah Haji Haron!” ucapnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Amanahdaily.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *