Najib enggan jawab tarikh PRU14, anggap tempoh setahun masa yang panjang dalam politik

WASHINGTON: Walaupun pelbagai tarikh dikaitkan dengannya, Datuk Seri Najib Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.

Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenainya pada akhir lawatan kerja 3 harinya di sini pada Rabu, Perdana Menteri hanya ketawa dan berkata “Tunggu dululah.”

“Kamu hendak saya umumkan sesuatu di Washington DC? Kamu bergurau ya,” katanya seperti dilapor Bernama semalam.

Mengenai sama ada beliau menganggap ini masa yang sesuai memandangkan semua perkara sedang memihak kepadanya, Najib menjawab: “Betulkah, kamu fikir begitu?”

“Datuk (Seri) ada masa kurang setahun sahaja lagi,” kata wartawan itu.

“Setahun masa yang panjang (dalam politik),” jawab Najib yang melawat Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump. Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di White House pada Selasa.

Mandat parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Najib akan berakhir pada Jun 2018.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *