Gembar gembur yang lebih, rupa-rupanya negara tak ada wang untuk memasang CCTV di balai-balai polis

Kejadian seorang anggota polis diserang dan ditetak sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah balai kecil di Subang Jaya, baru-baru ini tentunya sesuatu yang menyedihkan kita semua.

Tugas pihak polis ialah menjaga keselamatan rakyat, tetapi nampaknya anggota polis sendiri turut terancam kedudukannya.

Ketika kejadian, balai polis tersebut tidak dilengkapi kamera litar tertutup atau CCTV sehingga mendatangkan sedikit kesukaran kepada pihak polis mengesan pelaku yang melakukan jenayah itu.

Dalam hal ini, jika anggota pasukan keselamatan sendiri tidak dilindungi oleh persekitaran yang terkawal, tentulah sukar bagi mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Harapan kita tentunya agar kejadian di balai polis itu adalah yang pertama dan terakhir. Kita tidak mampu melihatnya berulangnya lagi di masa dan tempat yang lain.

Semalam, kita tentunya bertambah sedih apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed yang menyebut ketiadaan CCTV di balai-balai polis ialah kerana kerajaan tidak cukup wang untuk memasangnya.

Aduhhh…kenapa sampai begitu sekali?

Di sebalik tranformasi sana, transformasi sini, ekonomi tumbuh sihat, KDNK makin meningkat, cukai GST RM42 bilion setahun dan nama Perdana Menteri sendiri dicatat sebagai penerima derma terbanyak dalam sejarah dunia, rupa-rupanya negara masih ketiadaan wang untuk memasang CCTV di balai-balai polis.

Tidakkah ini sangat-sangat memalukan dan menyedihkan kita semua?

Apakah Najib Razak juga berperasaan seperti kita?

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penulis bebas I 08 September 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *