Himpunan Aman “Wanita Bantah Politik Toksik” di Kuala Lumpur pada 10 September ini

BANTAH POLITIK TOKSID… Wanita Pakatan Harapan (Wanita HARAPAN) menyokong dan akan bersama dalam Himpunan Aman “Wanita Bantah Politik Toksik” anjuran sekumpulan aktivis wanita berpengaruh yang menggelarkan diri mereka Wanita-Wanita Malaysia Prihatin yang akan diadakan pada 10 September ini di Kuala Lumpur untuk menyatakan penolakan terhadap politik toksik. Kepimpinan Wanita HARAPAN terdiri daripada Ketua Wanita Harapan Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR; Timbalan-timbalan Ketua Wanita, Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP; Ketua Wanita AMANAH Dr Siti Mariah Mahmud; dan Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rina Mohd Harun. Menurut mereka, usaha memerangi politik toksik khususnya oleh kalangan wanita yang tugas hakikinya sebagai pendidik dan membangunkan manusia adalah satu tindakan tepat dan bertanggungjawab.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *