Tahniah atas semangt juang Harimau Malaya menentang Thailand – Sany Hamzan

Biarpun gagal untuk mencapai kemenangan, Pemuda AMANAH Nasional melahirkan rasa bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu tewas dengan jaringan 1-0 ke atas Thailand di hadapan puluhan ribu penonton yang memberikan sokongan padu ke atas pasukan tersebut.

2. Kekalahan ini sememangnya menyedihkan, namun skuad Harimau Malaya telah menunjukkan kesungguhannya untuk mencapai matlamat dan hasrat seluruh rakyat Malaysia iaitu meraih ibu segala pingat itu. Skuad muda ini telah sedaya upaya berusaha bangkit untuk memperoleh jaringan selepas ketinggalan 0-1 di babak pertama namun nasib tidak menyebelahi skuad ini.

3. Pemuda AMANAH Nasional mengajak seluruh rakyat Malaysia agar terus memberikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya. Tidak sewajarnya kita sebagai rakyat mengutuk skuad ini diatas kekalahan yang dihadapi ini sebaliknya terus memberi dorongan serta kata-kata semangat.

4. Kami turut berasa bangga diatas apa yang dizahirkan oleh rakyat Malaysia yang sangat bersungguh-sungguh memberikan sokongan padu kepada skuad ini. Pemuda AMANAH Nasional yakin, rakyat akan terus memberi harapan yang jitu terhadap skuad masa depan ini khususnya bagi menghadapi kelakan Piala Asia 2019 tidak lama lagi.

Ayuh skuad Harimau Malaya, bangkit bersama!

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda
AMANAH Nasional
30 Ogos 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *