Solidariti bersama pemain ke-12, chant di luar stadium – Shazni Munir Ithnin

Pengurusan jualan tiket yang teruk menjadi punca utama segala kekecohan semalam berlaku. Walau apa pun alasan yang diberikan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, tidak mudah untuk ditelan dan diterima oleh para penyokong yang telah beratur panjang, namun akhirnya terpaksa pulang dengan tangan kosong.

2. Para VIP termasuk menteri-menteri kabinet yang beroleh tiket percuma pastinya takkan empati dengan segala kepayahan ini. Dalam perlawanan akhir nanti, golongan VIP ini akan masuk ke stadium dengan penuh bergaya dan tersengih-sengih berswafoto semasa perlawanan. Inilah _double standard_ yang masih wujud di bawah tagline ‘Rakyat Didahulukan’ Najib Razak.

3. Maka atas nama solidariti kepada mereka yang tidak berjaya membeli tiket masuk ke stadium, kami menyeru untuk seluruh rakyat bersama Ultras Malaya – menyokong skuad kebangsaan malam ini di luar perkarangan stadium. Buat skuad Harimau Malaya, walau sorakan dan paluan gendang akan kedengaran sayup-sayup malam ini, sokongan dan dokongan kami takkan pernah pudar. Di mana pun kamu, kami ada selalu.

“Menggalas Harapan Perubahan”
#PemudaBekerja

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua Pemuda
AMANAH Nasional
29 Ogos 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *