Ustaz Hasanuddin ingatkan ahli AMANAH jernihkan diri setiap kali selepas beramal

Setiap orang dari ahli Parti AMANAH Negara kena sentiasa bersihkan diri dari sebarang sifat mazmumah (terkeji). Sifat berbangga diri (ujub), menunjuk-nunjuk (riya’), menanti dipuji (sum’ah) dan membesar diri (takabbur) perlu dikikis.

Kita kena sentiasa ikhlaskan diri.

Selepas melalui proses membersihkan diri itu semua, mari kita julang Parti AMANAH Negara setinggi-tingginya serta sebarkan aktiviti-aktiviti AMANAH ke seluruh pelusuk alam dan renungkanlah ayat ini:

إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan. – (Baqarah 271)

>> Komentar bebas HASANUDDIN MOHD YUNUS, Naib Presiden AMANAH I 24 Ogos 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *