Polemik Memali dan tiada keperluan tubuh RCI Memali – Che Ibrahim Mohamad

Jika UMNO yakin tindakan pemimpin BN yang silam adalah salah dan bercanggah dengan undang undang, UMNO perlu mendesak Najib mengeluarkan arahan supaya menangkap dan membicarakan semua yang terlibat dengan kes Memali tanpa perlu menubuhkan RCI.

2. Jika UMNO yakin tindakan Kerajaan BN adalah mengikut lunas undang undang, kerajaan perlu bertindak tegas ke atas sesiapa yang cuba memburukkan Kerajaan berkaitan isu ini walaupun watak watak yang terlibat sudah tidak ada dalam Kerajaan kerana ianya melibatkan imej sebuah kerajaan tanpa perlu kepada satu siasatan semula.

3. Jika PAS yakin mangsa mangsa yang terbunuh dalam Peristiwa Memali adalah syuhada’ @ mati syahid, mereka tidak perlu berduka nestapa atas apa yang berlaku, bahkan sepatutnya Pas bangga dan kagum dengan anugerah syahid yang telah dinikmati oleh ahli ahlinya – satu ganjaran yang tidak ada nilai bandingnya di dunia ini.

Pas tidak perlu lagi mendesak kerajaan menubuhkan RCI kerana keputusan RCI tidak memberi apa apa nilai tambah ke atas anugerah syahid yang telah diterima.

3. Jika WÀLAUN @ penyokong tegar PAS yakin Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong yang antara lain berbunyi menentang UMNO adalah jihad, jika kita mati, mati kita adalah syahid adalah betul mengikut hukum syarak, mereka sepatutnya menolak Pas dan pemimpin Pas yang ada hari ini kerana ternyata mereka suka kepada UMNO dan UMNO suka kepada mereka.

PAS bukan lagi mengajak ahlinya berjihad menentang UMNO, sebaliknya mengajak ahli Pas bersikap matang dan sejahtera dengan UMNO agar mereka saling bertaawun, bukan lagi bermusuh sehingga berlakunya peristiwa seperti di Memali.

CHE IBRAHIM MOHAMAD
Naib Pengerusi AMANAH
Kelantan
21 Ogos 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *