MP Selayang letak jawatan biro politik, bantah rundingan kerjasama PKR dengan Pas

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken meletak jawatan AJK Biro Politik PKR, berikutan keputusan kepimpinan parti untuk bekerjasama dengan Pas.

“Saya tidak bersetuju dengan keputusan itu atas 2 sebab. Pertama, Pas mengumumkan mereka sedang bekerjasama dengan Umno, dan kalau kita bekerjasama dengan mereka seperti menyerahkan kerusi kepada Pas.

“Kedua, perbezaan ideologi antara kedua parti sangat berisiko. Pada mulanya Pas bercakap mengenai negara kebajikan. Sekarang mereka kembali kepada memperkenalkan hudud dan negara teokrasi Islam,” katanya kepada FMT.

Surat peletakan jawatan diserahkan kepada pada Isnin. Meskipun beliau meninggalkan biro tersebut, William masih ahli PKR dan wakil rakyat Selayang.
Bagaimanapun, melihat kepada perkembangan semasa, William tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan datang.

“Saya bukan hendak mengugut parti. Baguslah jika mereka ubah fikiran (mengenai memikat Pas).

“Saya beritahu kepimpinan parti bahawa saya tidak menawarkan diri sebagai calon,” tambahnya.

Minggu lepas, Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak rundingan pengagihan kerusi dengan Pas untuk pilihan raya umum ke-14.
Presiden Pakatan Harapan itu menegaskan matlamat utama ialah menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” katanya kepada FMT.

Pas bukan sebahagian daripada komponen Pakatan Harapan (HARAPAN), yang terdiri daripada PKR, DAP, PPBM dan AMANAH.

Pada Mei, Pas memutuskan hubungan dengan PKR, menamatkan kerjasama hampir 2 dekad dengan parti berbilang kaum itu, selepas menuduh PKR melanggar syarat kerjasama politik.

PKR bagaimanapun masih membuka pintu kepada kerjasama dengan Pas menghadapi pilihan raya umum nanti.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali baru-baru ini berkata walaupun Pas bukan anggota HARAPAN, PKR sentiasa sudi membincangkan pilihan untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya nanti.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *