Pemuda AMANAH Sabah tuntut penjelasan tentang banjir kilat yang dilihat kritikal

KOTA KINABALU: Pemuda AMANAH Sabah menuntut penjelasan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah, mengenai banjir kilat di beberapa tempat seperti Pekan Menggatal, Darau dan beberapa kawasan lain yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Banjir kilat yang telah menjejaskan operasi persekolahan di 9 buah sekolah rendah di 3 buah daerah di Sabah, dengan lebih 3000 orang murid terjejas, menunjukkan keadaan banjir kilat yang berlaku adalah ditahap kritikal.

Menurut kenyataan dikeluarkan, Pemuda AMANAH Sabah juga menggesa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan yang terlibat dengan musibah ini agar segera bersidang dan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku.

Selain itu, impak banjir ini telah menjejaskan para peniaga seperti yang berlaku di Pekan Menggatal. Kerosakan infrastruktur dan kerosakan harta benda turut dilaporkan seperti yang berlaku di City Mall, Kota Kinabalu.
Setakat ini, belum ada sebarang laporan kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan. Walau bagaimanapun, Pemuda AMANAH menasihatkan orang ramai agar meningkatkan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *