Cubaan cederakan Mahathir, Anwar mahu kerajaan pastikan kebebasan bersuara terpelihara

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan kebimbangan akan gejala perusuh dalam insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 yang dianjurkan oleh Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ahad lalu.

Dalam kenyataannya, Anwar berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan hak dan kebebasan untuk menyampaikan pandangan termasuk oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang perlu dipelihara.

“Pengalaman PRU13, di mana beberapa serangan termasuk baling batu dan memecah cermin bas yang saya naiki berlaku tanpa sebarang tindakan oleh pihak polis. Maka kami mendesak kerajaan untuk bertindak tegas terhadap gerombolan tersebut.,” ujarnya.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam tidak menolak tindakan dilakukan beberapa individu dan berkumpulan itu bertujuan untuk mengugat keselamatan Dr Mahathir selain mensabotaj program yang diadakan itu.

Dalam kejadian berlaku beberapa orang sukarelawan mengalami kecederaan demi mempertahankan Dr Mahathir yang berada di atas pentas.

Siasatan polis awal polis mendapat sebahagian yang terbabit adalah pelajar yang telah diberikan tshirt secara percuma dan diarahkan untuk masuk ke dewan dengan tujuan menyamar sebagai ahli Armada.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *