P. Pinang gesa Kerajaan Pusat percepatkan projek naik taraf hospital dan bina klinik baru

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut Kerajaan Persekutuan agar menunaikan janjinya dalam menjalankan projek menaik taraf hospital sedia ada dan membina klinik baru di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, projek yang melibatkan empat hospital dan dua klinik kesihatan yang menelan belanja RM1,005 juta itu perlu diselesaikan segera bagi mengatasi kesesakan pesakit, lapor Roket.kini.

“Kami mengalu-alukan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam bahawa kementeriannya tidak pernah lewat semasa melaksanakan projek-projek pembesaran hospital yang sedia ada ataupun membina hospital baru atau klinik kesihatan baru di Pulau Pinang.

“Kerajaan Negeri berharap bahawa pihak kementerian tidak akan mungkir janji dan melaksanakan projek-projek tersebut secepat mungkin. Sekiranya boleh pada tahun ini,” katanya yang juga Setiausaha Agung DAP dalam satu kenyataannya.

Projek-projek berkenaan adalah projek menaiktaraf Hospital Pulau Pinang (HPP), Hospital Seberang Jaya (HSJ), Hospital Balik Pulau, dan Hospital Bukit Mertajam serta projek pembinaan dua klinik baru iaitu Klinik Kesihatan Bandar PERDA dan Klinik Kesihatan Air Putih.

Ia berdasarkan jawapan bertulis Subramaniam di Parlimen bagi menjawab soalan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengenai mengapa sehingga kini projek menaiktaraf hospital dan membina klinik baru masih tidak diluluskan.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *