Pemimpin Umno diam membisu walaupun ada anak buahnya buas mengganas

Ekoran tindakan samseng seorang pegawai kepada timbalan menteri di Kelantan bertindak kasar terhadap Ketua Armada PPBM dan Setiausaha Pemuda Amanah dua hari lepas sehinggakan kedua mangsa terpaksa di bawa ke hospital, tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin Umno Kelantan mengulas kejadian berkenaan.

Pemuda Harapan hari telah mengeluarkan kenyataan mengecam kejadian itu dimana mereka mengutuk perbuatan itu sebagai politik samseng dan tidak matang.

Seharusnya pemimpin Umno Kelantan, kalau pun tidak Mustapa Mohamad sepatutnya Ketua Pemuda membuat kenyataan sebagai menjelaskan apa yang berlaku.

Kejadian menimpa Sdr Asran Alis dan Pyol Din (betul ke nama Puyol), bukan boleh dipandang ringan. Kejadian itu juga sudah dilapor kepada polis tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa maklumat apakah polis telah membuat siasatan. Kejadian itu boleh meneskan kejadian seumpama itu di masa akan datang.

Sebagai respon kepada kejadian itu dan juga sebagai protes kerana Umno tidak mengambil berat mengenai kejadian memalukan itu, adalah molek kalau forum yang menampilkan Ketua Armada, PKR dan sebuah lagi ketua parti (bukan Amanah) yang dirancangkan dibatalkan sahaja.

Elok kalau Asran tidak menyertainya dan ia dipulau sama oleh Ketua Angkatan Muda PKR, sebagai menyatakan solidariti kepada Asran dan Puyol Din serta protes terhadap politik tidak bertamadun itu. Trims.

Mohd Sayuti Omar
Wangsa Melawati, KL
8 Ogos 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *