Apa yang pemimpin Pas puashati dengan tentang plan rasionalisasi 1MDB?

Selepas bertemu Arul Kanda, Tim Pres Pas keluarkan kenyataan parti itu berpuashati dgn plan rasionalisasi 1MDB.

Naib Presiden AMANAH (Datuk Husam Musa) mahu Timbalan Presiden Pas (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) yang bertemu Arul Kanda jelaskan:

i. Daripada manakah 1MDB akan memperolehi RM2.5 bilion untuk bayar kepada IPIC yang termungkir pada 31 Julai lalu selain melalui pengeluaran bon?
ii. Mana satukah plan rasionalisasi yg menghasilkan RM2.5 billion untuk bayaran itu jika benar 1MDB sendiri yg membayarnya?
iii. Kenapa bayaran pertama kepada Aabar dulu dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang salah?
iv. Apakah tindakan yang telah diambil ke atas pengurusan 1MDB terhadap ‘kesilapan’ itu sehingga kini?
v. Kenapa selama ini 1MDB tidak berterus terang tentang salah pembayaran itu dengan rakyat Malaysia?
vi. Jika tidak berlaku salah bayar, kenapa 1MDB tidak berjaya membuktikan hal itu semasa arbitrasi di London?

Adakah semua isu di atas telah dibangkitkan oleh rombongan Pas semasa bertemu Arul Kanda? Jika ya, Timbalan Presiden Pas patut kongsikan maklumat itu dengan rakyat.

Jika tidak mahu dikongsikan, apa yang sebenarnya Pas puas hati dengan pertemuan itu?

ZOLKHARNAIN ABIDIN
Kangar, Perlis
7 Ogos 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *