Peguam negara tolak gertakan Mahathir, beliau hanya takut kepada Allah sahaja

Kata Peguam Negara, Apandi Ali, tiada apa yang disembunyikannya berhubung penyiasatan mengenai skandal 1MDB. Sehubungan itu, tambahnya, beliau tidak takut kepada sesiapa, termasuk Tun Mahathir Mohamad, tetapi hanya takut kepada Allah.

Menurut beliau, apa saja tindakannya sebagai Peguam Negara adalah berdasarkan fakta di dalam kertas siasatan dan tiada apa-apa yang disembunyikannya.

Apandi berkata demikian sebagai menolak gertakan Tun Mahathir yang mengatakan akan mendakwa Peguam Negara atas dakwaan menyembunyikan bukti skandal 1MDB sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihanraya umum akan datang.

“Saya bukan peguam, tapi saya tahu jenayah bukan dibawah OSA. Dan bila ia jenayah, kena lapor bukan kena sembunyi.

“Peguam Negara lakukan kesalahan besar kerana sembunyikan bukti jenayah. Satu hari nanti dia kena jawab.

“Kalau nak tahu Peguam Negara buat salah atau tidak, beri kemenangan kepada Pakatan Harapan,” kata Tun Mahathir lagi.

Syukurlah kita akhirnya ada Peguam Negara yang tidak takut kepada sesiapa dalam menjalankan tugas, tetapi cuma takut kepada Allah semata-mata.

Dengan Tun Mahathir dia tak takut, tentunya dengan Najib Razak pun dia tak takut juga.

Oleh itu, saya tidak mampu memberi apa-apa ulasan lain lagi setelah membaca kenyataan Apandi kali ini, melainkan ingin mengucapkan syukur beberapa kali.

Syukur…syukur…syukur, selamat negara ada Peguam Negara seperti beliau.

Seperti kelu lidah dan lemah jari-jemari untuk terus menulis dengan panjang.

Jadi, saya serahkanlah kepada pembaca dan penjenguk blog ini kiranya mereka ada apa-apa komen atau ulasan mengenai kenyataan Apandi yang baru hari ini kita tahu, hanya Tuhan saja yang ditakutinya.

Tetapi…ingat, berilah komen yang baik-baik dan dengan bahasa yang elok-elok.

Sebab nanti ada pula yang menyoal, tak takut Allah ke?

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penulis politik tanahair I 18 Julai 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *