Pas tidak harus jadi talian hayat Umno-BN pesan Pemuda PKR Permatang Pauh

PERMATANG PAUH: Pas tidak seharusnya menjadi talian hayat bagi memberi nafas kepada Umno-BN yang terbukti semakin tercungap–cungap kepenatan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Mohd Sharmizan Mohamad Noor berkata, semua parti pembangkang sewajarnya menyedari betapa terbebannya rakyat dan negara akibat pelbagai kepincangan pentadbiran Umno-BN.

“Pelbagai isu kontroversi yang membabitkan Umno dan BN amat terserlah dan begitu ketara berlaku di hadapan mata.

“Takkanlah kita masih lagi tidak sedar mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus yang dikenakan oleh kerajaan termasuklah rakyat miskin dan daif.

 

About The Author

Related posts