Tidak perlu istilah Arab untuk perjuang prinsip Islam – Ustaz Ahmad Awang

Ada pihak yang mengatakan Pakatan Harapan tidak serius dalam membawa agenda Islam sejurus selepas melihat kepada tawaran 100 hari Pakatan Harapan memerintah. Membawa agenda ekonomi untuk membantu rakyat keluar daripada belengu kemiskinan juga adalah satu daripada agenda Islam.

Menguruskan ekonomi dengan baik, adil dalam membahagikan harta Negara kepada rakyat serta memberi fokus kepada usaha meringakan beban rakyat. Itulah perkara daruriyat (keutamaan) yang harus dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang memerintah.

Sebab itu Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan keadilan itu sangat diperlukan dalam pembangunan, dan ketidakadilan akan menyebabkan kemusnahan kepada ketamadunan.

Sungguh cetek pemikiran kita jika agenda membawa Islam itu hanya dengan melihat banyaknya kuliah ataupun ceramah-ceramah agama sedangkan rakyat terus dihimpit dengan kemiskinan.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum AMANAH
17 Julai 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *