Najib puji Laporan (TIP) Amerika tetapi tuduh DOJ campurtangan dalam skandal 1MDB

PM Najib Razak gembira dan ‘ghenyeh’ (sengeh) sampai telinga memuji Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2017 Jabatan Negara Amerika Syarikat yang mengeluarkan Malaysia daripada senarai pengawasan tahap 2 bagi usaha menangani pemerdagangan manusia.

Laporan tahunan oleh Jabatan Negara Amerika tersebut telah menyenaraikan lebih 100 negara termasuk Amerika Syarikat dalam usaha menangani pemerdagangan manusia dengan penilaiani empat peringkat meliputi tahap 1, tahap 2, Senarai Pengawasan tahap 2 dan tahap 3.

Dalam laporan Pemerdagangan Manusia 2017 Jabatan Negara Amerika meletakan Malaysia di tahap 2.

Persoalannya, Najib Razak Perdana Menteri jenis apa apabila Malaysia boleh pula menerima Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam isu pemerdagangan manusia tanpa adanya pula pihak yang menjadi ‘pembodek tegar’ menuding jari terhadap laporan tersebut sebagai campur tangan asing keatas Malaysia berbanding isu laporan DOJ dalam ‘skandal mega’ 1MDB apabila ramai ‘pembodek tegar’ muncul dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Saya bersetuju bahawa Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat bukannya satu campur tangan asing keatas Malaysia tetapi jika mengikut logik mereka yang membangkitkan isu campur tangan asing ekoran laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap ‘rompakan mega’ wang 1MDB sudah tentu Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat ini juga adalah sebahagian campur tangan asing.

Pujian dan keseronokan PM Najib Razak itu seolah-olah seperti Malaysia amat bergantung harap kepada laporan dari Amerika Syarikat untuk menentukan kedudukan Malaysia dalam isu pemerdagangan manusia ini.

Oleh itu dendangan ‘isu campur tangan asing’ mengenai laporan DOJ berkaitan kehilangan dan ‘rompakan mega’ wang 1MDB mesti dihentikan oleh semua pihak dengan segera.

Laporan dokumen DOJ memperakui dari penilaian dan dapatan penyiasatan mereka ada ‘penyangak’ dari Malaysia telah melakukan kesalahan penggubahan wang haram yang puncanya berasal dari wang 1MDB di Amerika Syarikat dan wang tersebut telah dikitar dan dipulangkan sebahagiannya kepada manusia yang dinamakan ‘Malaysia Official 1’ (MO1) dan isteri MO1.

Jelas terbukti PM Najib Razak boleh menerima laporan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat yang membuat penilaian dan penyiasatan mengenai usaha dan kejayaan membenteras pemerdagangan manusia tanpa mengaitkan dengan isu ‘campur tangan asing’ maka sewajarnya juga PM Najib Razak dan semua pihak perlu berlapang dada menerima laporan DOJ untuk kita bersama membenteras penjenayah,penyangak,penyamun,perompak yang telah menyeleweng wang 1MDB yang merupakan syarikat milik rakyat Malaysia.

PM Najib Razak tidak perlu bermuka-muka dengan rakyat apabila hanya menerima laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat yang memuji beliau tetapi sebaliknya PM Najib Razak bersama ‘pemakan dedak’ menolak laporan DOJ yang juga datangnya dari Amerika Syarikat apabila DOJ menyebut dan mengaitkan MO1 dan Isteri MO1 dengan kecurian wang 1MDB dalam aktiviti haram di Amerika Syarikat.

“Kepura-puraan itu bagaikan bunga mawar plastik dengan kelopak dan warna sempurna tetapi tak bau wangi”.

>> Komentar bebas Dato’ Hj Mahfuz Hj Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena I 3 Julai 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *