Di mana hujung pangkal Jambatan Lambor Kanan yang sudah diluluskan, jangan janji dicapati lagi

Kira-kira 10 bulan telah berlalu, pengumuman Ahli Parlimen Parit, Datuk Zaim Abu Hassan berkenaan pembinaan jambatan yang menghubungkan Lambor Kanan dengan Lambor Kiri yang dikatakan sudah diluluskan, tidak diketahui perkembangannya.

2. AMANAH Parlimen Parit memandang serius pengumuman ini memandangkan projek pembinaan Hospital Changkat Melintang masih tidak diketahui status sebenarnya walaupun diumumkan pembinaan projek bermula Februari 2017 tetapi sehingga kini tiada sebarang pembinaan dimulakan. Tak nampak bayang langsung.

3. Menurut laporan Sinar Harian bertarikh 7 September 2016, sebanyak RM53 juta telah diluluskan untuk pembinaan jambatan bagi menghubungkan kedua-dua tempat itu. Sebelum ini jambatan kayu yang menghubungkan kedua-dua kampung itu runtuh akibat arus deras yang mengakibatkan banjir di beberapa tempat sepanjang Sungai Perak tersebut.

3. Datuk Zaim memaklumkan tentang pembinaan jambatan ini pada Program Sehari Bersama Warga Emas anjuran Klinik Kesihatan Bota Kiri bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bota Kiri di Akademi Latihan Kemas, September tahun lepas.

4. Tidak dapat dinafikan jambatan ini bakal memanfaatkan lebih kurang 10,000 penduduk dan dijangka boleh mengembangkan ekonomi penduduk kedua-dua tempat apabila jalan perhubungan itu dibina kelak.

5. Namun, cerita dan kisah pembinaan jambatan ini juga sama seperti Hospital Seri Iskandar, disebut-sebut sejak PRU10 tahun 1999 lagi dan terus menjadi bahan kempen BN sehingga kini. Tetapi, setakat ini tidak diketahui hujung dan pangkal jambatan berkenaan. Entah ada entahkan tidak.

6. Sekali lagi, AMANAH mewakili warga Parlimen Parit menggesa Datuk Zaim memperjelaskan status projek jambatan yang telah diluluskan peruntukannya dan diumumkan kepada orang ramai ini. Jangan jadikan ia sekadar janji-janji manis yang dicapati oleh Umno dan BN setiap kali pilihanraya.

AMANAH DEMI NEGARA
Amanah. Progresif. Peduli.

TARMIZI MOHD JAM
Penyelaras AMANAH
Parlimen P.069 Parit merangkap
Timbalan Pengerusi AMANAH
Wilayah Persekutuan
22 Jun 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *