SPRM berat sebelah kendalikan kes 1MDB yang libatkan PM – Khairuddin Abu Hassan

Saya merasa teruja dan kagum dengan kenyataan Datuk Azam Baki (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM) yang bakal panggil 50 saksi untuk tampil memberi kerjasama mengenai kes skandal FGV.

SPRM mesti professional, tegas dan telus dan memerangi amalan najis jijik rasuah yang sedang berlaku secara berleluasa di negara kita pada hari ini.

Namun, saya nak tanya datuk azam baki dan sprm bila pula nak siasat kes skandal 1MDB secara berskala besar serta serius macam siasatan FGV?

Kes skandal 1MDB lagi besar daripada salahlaku FGV.

Kenapa dalam salahlaku FGV nampak SPRM boleh bertindak secara habis-habisan tetapi dalam kes skandal yang lebih besar yakni isu 1MDB nampak agak sepi?

Macamana dengan semua laporan-laporan yang saya buat pada SPRM sejak Disember 2014?

Adakah Najib Razak, Rosmah Mansor, Jho Low, Riza Aziz dan semua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB sudah dipanggil untuk siasatan dalam kes skandal 1MDB?

Pada hemat peribadi saya SPRM boleh bertindak agresif keatas mana-mana kes dan tidak akan meninggalkan impak keyakinan pada keseluruhan rakyat Malaysia selagi kes skandal 1MDB tidak ditangani secara adil.

Ini adalah kerana keseluruhan rakyat di negara kita ingin melihat apa penyudahnya tindakan sprm serta pdrm keatas kes skandal 1MDB yang amat besar lagi memalukan imej negara malaysia di seluruh dunia.

Selagi SPRM tidak mengambil pendekatan serius untuk menyiasat dan mendakwa semua yang terlibat dalam kes skandal 1MDB maka selagi itulah kredibiliti SPRM sukar dipulihkan.

5 negara di luar yang saya buat laporan kepada pihak penguatkuasanya telah pun menangkap, mendakwa di mahkamah serta yang bersubahat telah dipenjarakan.

Tetapi di Malaysia, Peguam Negara yang bernama Apandi Ali kata tiada kes.
Khalid Abu Bakar selaku Ketua Polis Negara kata PDRM baru selesai siasatan kes skandal 1MDB dan kertas siasatan dah diserahkan pada Pejabat Peguam Negara.

Saya yakin kesemua masyarakat Malaysia dan warga luar ingin melihat iltizam atau kesungguhan sprm untuk menyelesaikan siasatan seterusnya bertindak keatas semua pengkhianat negara yang terlibat dengan kes skandal 1MDB.

Kes skandal 1MDB merupakan kes skandal kewangan yang terbesar di dunia pada hari ini.

Kita jangan sama sekali takut antara manusia sesama manusia tetapi harus takut serta patuh pada hukuman Allah swt.

Inilah asas ajaran agama Islam yang paling penting yang harus kita semua berpaut secara erat demi untuk menjayakan hasrat membasmi rasuah di tanahair yang tercinta ini.

Secara peribadi; saya juga ingin merayu pada sprm untuk bertindak secara professional dalam agenda lawan najis jijik rasuah tanpa memilih bulu.

KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
15 Jun 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *