KPN akhirnya akui info Sarawak Report, Menteri Penerangan pula kempen jangan percaya

Kata Salleh Said Keruak, apa saja yang dilaporkan oleh laman sesawang Sarawak Report mengenai negara ini adalah tidak benar. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak mempercayai laporan-laporan yang dibuat oleh portal tersebut.

Betulkah Sarawak Report tidak boleh dipercayai?

Jika laporan Sarawak Report mengenai dakwaan bahawa Najib Razak membayar RM9.5 juta kepada peguam Shafee Abdullah yang dilantik mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan liwat 2 melibatkan Anwar Ibrahim adalah tidak benar, mengapa kedua-dua mereka masih berdiam diri sehingga ini?

Adakah terlalu sukar menyebut perkataan “tidak” jika betul dakwaan itu tidak benar?

Adakah orang yang hanya tahu berdiam ketika dakwaan ditujukan kepada mereka lebih boleh dipercayai berbanding Sarawak Report yang terbuka untuk dibawa ke muka pengadilan bagi membuktikan kebenaran dakwaan yang dibuatnya?

Kiranya laporan Sarawak Report tidak benar dan tidak boleh dipercayai sebagaimana yang disebut oleh Salleh, bagaimana pula Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar boleh mengesahkan bahawa seorang suspek yang ditahan SPRM berhubung kes rasuah bagi melindungi aktiviti judi haram dan rumah urut di Melaka adalah kenalannya sebagaimana yang didedahkan oleh portal berkenaan, sebagai betul.

Sarawak Report dalam pendedahannya mendakwa suspek berkenaan, Gopinathan Krishnan, adalah kenalan Khalid dan selalu berhubung dengannya melalui telefon.

Saya akui dia kenalan saya dan keluarga, kata Khalid.

Bagaimanapun, kata Khalid, beliau tidak akan melindungi sesiapa yang berkawan dengannya jika mereka terlibat dengan aktiviti jenayah atau menyalahi undang-undang.

Maknanya, laporan Sarawak Report ada juga kebenarannya dan ia diakui oleh Khalid sendiri.

Maka, rakyat Malaysia harus percaya Sarawak Report atau tidak selepas ini? Atau mereka hanya perlu percaya laporan Utusan dan TV3 semata-mata?

>> Komentar bebas Shahbudin Husin, penulis politik I 15 Jun 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *