Kerajaan sekali lagi cuba kelirukan rakyat dengan isu Dasar Kebotaj – Lee Chean Chung

Tindakan Kerajaan BN mengumumkan penghapusan dasar kabotaj aktiviti perkapalan antara Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 1 Jun lalu walaupun dialu-alukan namun dianggap ketinggalan zaman serta meniru janji manifesto pilihan raya parti pembangkang di Malaysia Timur sejak 2013 lalu.

Semua sedia maklum isu kabotaj adalah antara faktor penyumbang kepada kenaikan harga barang di Sabah dan Sarawak apabila pengimport di sana terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk perkhidmatan perkapalan.

1. Pemansuhan dasar kabotaj diharap akan bermanfaat dan berjaya jika pedagang dan pengeksport di Malaysia Timur menurunkan harga barangan setelah caj penghantaran kontena atau kargo turun pada kadar yang besar.

2. Dalam hal ini, saya merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa mungkin terdapat pihak akan cuba mensabotaj usaha kerajaan memansuhkan dasar kabotaj seperti mana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang didapati gagal menurunkan harga barang.

3. Untuk itu, saya ingin bertanya kepada Ahmad Maslan, apakah yang telah disabotaj dalam polisi GST? Saya tidak nampak sebarang unsur sabotaj daripada mana-mana pihak dalam pelaksanaan cukai itu.

4. Malah saya juga ingin menyoal di manakah janji-janji yang kerajaan canangkan dahulu kononnya GST akan menurunkan harga barang? Setelah dua tahun dilaksanakan semua maklum harga barang semakin membebankan rakyat.

5. Rakyat dihimpit kenaikan harga di samping pendapatan mereka tidak bertambah sehingga ada yang terpaksa mencuri demi mendapatkan sesuap nasi.

6. Berhubung isu GST, kerajaan sudah jelas tidak dapat mengawal kenaikan harga barang. Kesannya pula amat perit ke atas rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah.

Soalan saya berhubung dasar kabotaj ini, adakah Ahmad Maslan dan kerajaan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dan mengalih isu kononnya ada pihak yang mensabotaj harga barang-barang di Malaysia Timur sekiranya ia gagal diturunkan?

YB LEE CHEAN CHUNG
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
Parti KEADILAN Rakyat
12 Jun 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *