PKR mahu Indonesia, Turki ambil inisiatif segera leraikan ketegangan Qatar – Wan Azizah

Perkembangan mutakhir di dunia Arab memprihatinkan. Di bulan Ramadan yang penuh berkat, pergeseran terus tajam di antara negara Arab sehingga pemutusan hubungan diplomatik dengan Qatar. Ini menambahkan kemelut kusut yang sedia ada, dengan perang saudara di Syria dan Yemen, keganasan di Iraq dan terkini di Tehran.

Paling dikesalkan adalah meningkatnya keganasan yang dicetuskan atas nama kelompok Islam; dahulunya al Qaeda dan kini ISIS. Ribuan rakyat awam yang tidak berdosa menjadi mangsa, di Jakarta, Mindanao, Kabul, Paris dan London. Masalah pokok yang membelenggu umat dan pencinta keadilan, iaitu Palestin kian terpinggir dan pertimbangan sementara itu, kekejaman di Syria berlarutan dan terus dijadikan gelanggang pertarungan kuasa besar.

Adalah dikhuatiri gejala tersebut turut mengheret imej Islam dan Muslimin, dan seolah-olah negara-negara Islam tidak berdaya menangani masalah tersebut. Justeru itu, kami mengusulkan agar dua negara Islam yang besar, yakni Indonesia dan Turki, segera mengambil inisiatif dalam usaha meleraikan ketegangan dan mencari perdamaian.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN
11 Jun 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *