PKR mahu Indonesia dan Turki ambil inisiatif segera leraikan ketegangan rantau Teluk

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengusulkan agar dua negara Islam yang besar, yakni Indonesia dan Turki, segera mengambil inisiatif dalam usaha meleraikan ketegangan dan mencari perdamaian di rantau Teluk yang sedang bergolak.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, pada bulan Ramadan yang penuh berkat, pergeseran terus tajam di antara negara Arab sehingga pemutusan hubungan diplomatik dengan Qatar.

“Ini menambahkan kemelut kusut yang sedia ada, dengan perang saudara di Syria dan Yemen, keganasan di Iraq dan terkini di Tehran.

“Paling dikesalkan adalah meningkatnya keganasan yang dicetuskan atas nama kelompok Islam; dahulunya al Qaeda dan kini ISIS. Ribuan rakyat awam yang tidak berdosa menjadi mangsa, di Jakarta, Mindanao, Kabul, Paris dan London,” ujear beliau dalam satu kenyataannya.

Beliau berkata, masalah pokok yang membelenggu umat dan pencinta keadilan, iaitu Palestin kian terpinggir dan pertimbangan sementara itu, kekejaman di Syria berlarutan dan terus dijadikan gelanggang pertarungan kuasa besar.

Adalah dikhuatiri gejala tersebut turut mengheret imej Islam dan Muslimin, dan seolah-olah negara-negara Islam tidak berdaya menangani masalah tersebut, tegas Wan Azizah lagi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *