Presiden Bersatu, Muhyiddin mahu isu calon PM Pakatan Harapan dibincang secara tertutup

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, isu mengenai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan lebih baik jika dibincangkan secara tertutup.

Beliau bimbang sekiranya dibincangkan secara terbuka, ia akan memberi kekeliruan dan salah faham kepada rakyat, lapor Malaysiakini hari ini.

“Pada pandangan peribadi saya, lebih baik perkara ini tidak dibincangkan secara terbuka. Kerana ia akan menimbulkan pelbagai salah faham atau kekeliruan.

“Ia akan memberi tanggapan bahawa pembangkang ini tidak bersatu.

“Mereka (rakyat) nak sokong kita tapi ada tanggapan yang kita ini tidak bersatu. Lebih baik kita duduk dan bincang, jangan bocorkan rahsia kita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung wujudnya pertikaian mengenai nama calon Perdana Menteri HARAPAN.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *