Kakitangan kerajan aset penting, AMANAH, Pakatan Harapan Perak fokus agenda kebajikan

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak bersama Pakatan Harapan (PH) akan menjadikan agenda kebajikan sebagai perkara terpenting terutama sekali kepada semua kakitangan Kerajaan Negeri Perak khasnya kerana tanpa keupayaan mereka akan menatijahkan ketidak mampuan sesebuah pentadbiran kerajaan negeri.

Kebajikan terutamanya kepada kakitangan kerajaan yang akan sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan yang memerintah seperti kebiasaan di dalam bentuk bonus ataupun bantuan khas menjelangnya musim perayaan seperti Sambutan Hari Raya perlu diberikan sebagai ‘suntikan’ atau rangsangan khasnya kepada mereka.

Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Negeri Selangor yang kedua-duanya di bawah PH yang telah memberikan bonus yang cukup tinggi iaitu sebanyak tiga bulan dan dua bulan setengah kepada semua kakitangan kerajaan negeri mereka sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Perak di bawah kerajaan PH nanti diyakini berkeupayaan untuk menambahkan hasil negeri dari pelbagai sumber yang telah dikenal pasti bagi memperuntukan untuk membiayai kos perbelanjaan menyumbang imbuhan kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang akan diusahakan.

AMANAH Perak juga bertekad dan berazam akan berusaha menyuarakan keresahan kakitangan kerajaan negeri khasnya berikutan bebanan harian yang meningkat untuk diberikan keringanan jika bonus atau bantuan khasnya tersebut dapat meringankan bebanan mereka bagi menghadapi musim perayaan pada kali ini.

Bagi AMANAH Perak, tanda sesebuah pentadbiran kerajaan negeri tersebut berjaya dan berdaya saing, sudah tentu adalah kerana kecekapan pentadbiran kerajaan yang melepasi kelemahan dan salah urus tadbir yang sering berlaku dan kakitangan kerajaan berhak di atas kejayaan tersebut jika sebelum ini telah diwar-warkan akan kejayaannya.

>> Komentar bebas Timbalan Pengerusi Parti AMANAH Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin I 8 Jun 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *