Pemuda AMANAH Perak anjur Ziarah Ramadan santuni keluarga ibu tunggal

ZIARAH RAMADAN… Petang 4 Jun 2017 (Ahad) 9 Ramadhan 1438H, Pemuda AMANAH Perak ke rumah sewa Puan Ayu di Kampung Ketoyong. Seorang Ibu tunggal dan anak 2 yang masih kecil. Suami Puan Ayu telah meninggal dunia 5 tahun yang lepas, kemudian ayah Puan Ayu yang ambil alih tanggungjawab menjaga beliau dan anak-anak. Pada bulan April yang lepas, ayahanda beliau telah dijemput Ilahi.

Sekarang abang kandung beliau yang bekerja mengambil upah sambilan katering mengambil alih tanggungjawab menjaga adik kandungnya dan 2 anak saudaranya yang masih kecil. Puan Ayu bekerja sebagai penjaga tandas awam di Stesen Bas Tanjung Malim.

Pemuda AMANAH Perak ke teratak yang disewanya RM250 sebulan, hadir dengan membawa sedikit sumbangan barangan dapur dan wang tunai untuk digunakan sepanjang Ramadhan dan menyambut Aidilfitri. Pemuda Amanah juga diberi kesempatan untuk menyumbangkan tikar getah hasil sumbangan awam kepada Puan Ayu dan keluarga. Tikar getah ruang tamu yang lusuh dan usang digantikan dengan getah yang baru untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Sebelum bersurai, majlis tahlil ringkas dipimpin oleh Khairol Najib Hashim (Ketua Pemuda AMANAH Tanjung Malim) mendoakan kepada ahli keluarga Puan Ayu yang telah kembali Rahmatullah.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *