AMANAH Batu sapi edar bubur lambuk Rumah Warga Tua Sri Harapan dan Flat PPR

SANDAKAN: Parti Amanah Negara (AMANAH) Parlimen Batu Sapi pada semalam telah mengadakan program edaran bubur lambuk bersempena bulan Ramadan yang telah dibuat di dua lokasi di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan dan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi.

Hamzah Abdullah bertanya sesuatu daripada seorang warga tua Rumah Harapan Sandakan yang dikunjunginya.

Edaran bubur lambuk itu diketuai oleh Hamzah Abdullah, Pengerusi AMANAH Batu Sapi, bersama timbalannya, Alias Sani serta rombongan Pemuda AMANAH Batu Sapi seramai 10 orang , lapor wartawan Asraf Sharafi kepada Amanahdaily.

Menurut Hamzah yang juga Pengerusi AMAMAH Sabah, edaran itu dilakukan bagi meraikan kegembiraan Ramadan bersama warga tua serta golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Sandakan dan Batu Sapi.

“Edaran bubur lambuk kepada warga tua ini sebagai tanda kebersamaan serta ingin berkongsi kegembiraan kita bersama-sama mereka. Di bulan yang mulia ini, menjadi tanggungjawab kita membantu orang yang memerlukan” katanya.

Ketua Pemuda AMANAH Batu Sapi, Yunizam Yusop pula menyatakan program edaran ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan disamping sumbangan kebajikan kepada golongan asnaf serta gelandangan di sekitar Sandakan dan Batu Sapi.

“Kita tidak akan berhenti setakat hari ini sahaja. Edaran bubur lambuk ini akan kita buat sepanjang bulan Ramadan ini berserta bantuan kebajikan kepada beberapa keluarga yang telah kita kenalpasti di sekitar Sandakan dan Batu Sapi,” ujarnya.

Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk telah diedarkan di Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan dan Flat PPR Batu Sapi.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *