Sepatutnya Pas sudah memisahkan diri dari PKR, DAP, jangan pula heret institusi raja

KUALA LUMPUR: Pas tidak perlu melibatkan institusi raja dalam mempertahankan kedudukan exco parti itu di Selangor.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas sepatutnya terus mengambil langkah memisahkan diri dari terlibat dalam apa jua kapasiti dengan PKR dan DAP yang didakwa telah mengkhianati parti itu.

“Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri kelihatan masih ragu-ragu di dalam mendukung keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak apabila cuba untuk menyandarkan kedudukan exco Pas di Selangor kepada proses pelantikan exco-exco tersebut yang dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor.

“Dari segi moralnya Pas wajib untuk memisahkan diri dari terlibat atau bersekongkol dalam apa jua kapasiti dengan PKR dan DAP yang didakwa telah mengkhianati parti,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pas juga katanya tidak wajar meletakkan beban untuk mengosongkan kerusi Exco kerajaan negeri kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Bukannya Azmin dan PKR yang memutuskan hubungan tetapi sebaliknya Pas yang memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR.

“Oleh itu tidak ada keperluan untuk Azmin nak minta exco Pas meletakan jawatan. Janganlah situasi di Selangor ini menjadikan rakyat melihat Pas tidak lebih dari ‘kartun politik’ yang tidak ketentuan hala,” katanya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *