AMANAH ajak rakyat bersama Pakatan Harapan selamatkan negara daripada BN & sekutu – Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH) akan terus bekerja keras dan berusaha menambahkan ahli parti dan mengambil sikap untuk terus bersama dalam Pakatan Harapan.

Dengan rasminya Pas bercerai dengan Parti Keadilan Rakyat dan semua parti-parti pembangkang lain, maka Pakatan Harapan kini menjadi satu-satunya alternatif yang utuh dan kukuh kepada rakyat Malaysia untuk melawan Umno BN.

Dengan perkembangan baru ini, arah tuju Pakatan Harapan yang disertai AMANAH, Keadilan, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga semakin jelas bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

AMANAH yang membawa pendekatan rahmat untuk semua akan terus mengajak rakyat membuat perubahan bersama Pakatan Harapan.

Oleh itu, AMANAH akan terus komited dengan perpaduan dan kerjasama politik antara parti-parti dalam Pakatan Harapan bagi menghadapi Umno BN dan sekutunya dalam pilihan raya akan datang.

MOHAMAD SABU

Presiden Parti Amanah Negara

13 Mei 2017

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *