Abang Adun Pas Sg Abong suka berterus-terang, akan sertai AMANAH tak lama lagi

BERTERUS TERANG… Pak Sheikh Yahya, 69, aktivis Pas yang sangat dikenali. Beliau menyertai Pas sejak tahun 60-an lagi. Seorang dermawan yang banyak membantu Pas. Pernah bertanding pilihanraya 1995 dan 2004 di Dun Endau dan Tenggaroh. Bicaranya berterus terang, dengan siapa pun dia bertemu. Ramai pimpinan besar tak kira Pas, AMANAH dan PKR pernah bermalam di rumahnya. Terbaru, Datuk Seri Dr Wan Azizah. Sebab itu dia dikenali ramai. Malam ini, 12 Mei mengeteh bersama Pak Sheikh hampir 45 minit bersembang panjang dengan YB Khalid Samad, Pak Long, Ketua PPBM Mersing dan Hj Hamidon, Ketua AMANAH Mersing. Ada berita baik, beliau akan sertai AMANAH.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *