Kit Siang tepis tuduhan ‘kempen fitnah’ kononnya mahu melantik anaknya jadi PM

KUALA LUMPUR: Veteran DAP, Lim Kit Siang membidas dakwaan yang beliau mahu menjadi Perdana Menteri selepas PRU-14 untuk menamakan anaknya, Lim Guan Eng, sebagai timbalan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menepis tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan membidas “kempen fitnah” di media sosial.

“Saya berkecimpung dalam politik Malaysia selama 51 tahun, dan niat untuk menjadi perdana menteri tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.”

Bercakap pada makan malam ulang tahun DAP Subang di Subang New Village malam tadi, Kit Siang berkata beliau berkecimpung dalam politik kerana “Impian Malaysia” untuk membina sebuah negara di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum atau agama, bersatu sebagai rakyat Malaysia.

“DAP sentiasa menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia, dan kami tidak pernah menjadi sebuah parti untuk hanya kaum.

“Tiada seorang pun boleh menjadi pemimpin Malaysia jika dia hanya fokus terhadap hak dan kepentingan satu kaum atau satu masyarakat sahaja,” katanya.

Menjelang sambutan kemerdekaan tahun ini, Kit Siang berkata, rakyat Malaysia perlu mengambil kira mengapa prestasi negara begitu buruk di arena antarabangsa sejak mencapai kemerdekaan.

Kit Siang juga menunjukkan kedudukan Malaysia di Indeks Persepsi Rasuah Transparency International (CPI) sejak 1995-2006.

Pada 1995, beliau berkata, Malaysia menduduki tempat ke-23 daripada 41 negara dengan skor 5.28 pada skala 0 (rasuah) hingga 10 (sangat bersih).

“Jika Malaysia membuat penambahbaikan dalam skor CPI TI 0.1 setiap tahun sejak 22 tahun lalu, skor mata Malaysia kini akan menjadi 7.48, atau kira-kira 74.8 peningkatan daripada 10 kepada 100, yang akan meletakkan Malaysia di tangga 18 berbanding 176 negara.

“Malangnya, di sebalik segala usaha mengenai anti-rasuah, CPI TI Malaysia bertambah buruk di mana kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 55 daripada 176 negara manakala skor CPI TI jatuh kepada 49 dalam skala baru dari 0 (sangat rasuah) kepada 100 (sangat bersih).”

Beliau berkata, China dan Indonesia yang masing-masing menduduki tangga 40 dan 41 pada 1995 menunjukkan penambahbaikan.

Jika keadaan ini berterusan dalam tempoh 2 dekad akan datang, ia akan menyaksikan kedua-dua negara tersebut mengatasi Malaysia sebelum 2040, 1 dekad sebelum Pelan Tindakan Transformasi Negara (TN50) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, katanya.

“Kemelaratan kempen pembohongan, kebencian dan ketakutan terhadap saya bukanlah kerana tiba-tiba saya, selepas 51 berkecimpung dalam politik, menjadi ancaman nombor 1 terhadap kerajaan Umno/BN, tetapi menunjukkan rasa takut dan panik dalam kalangan sesetengah pemimpin Umno/BN dan strategis yang mereka boleh kalah dalam PRU-14,” katanya.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *