Sembang Siswa membincangkan ‘Seni Alat Pembebasan? Seni Untuk Rakyat’

Sembang Siswa berlangsung dengan edisi forum bertajuk “Seni Alat Pembebasan? Seni Untuk Rakyat”. Program diadakan di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam, Selangor, baru-baru ini, dengan kerjasama Sinar Harian.

Program yang diselitkan sempena Festival Seni Unisel itu membabitkan barisan panel: Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali; Seniman Paksi Rakyat, Shamsudin Osman atau dikenali sebagai Dinsman; penggiat seni, Yasin Salleh dan wakil mahasiswa, Jalius Jaibin dengan moderator yang juga Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran Unisel, Ismail Hashim.

Kesemua barisan panel dipilih berdasarkan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Yasin Salleh atau digelar Pak Yasin dikenali sebagai penyair dan sutradara serta banyak mendidik anak muda untuk berkarya filem; Abdul Jalil berpengalaman kira-kira 40 tahun dalam dunia kewartawanan; Dinsman lebih dikenali sebagai penggiat seni terutama drama dan teater, manakala wakil mahasiswa, Jalius anak muda yang sudah mula berjinak-jinak dalam dunia seni lakon.

Adakah seni sememangnya boleh digunakan sebagai alat pembebasan atau adakah seni diperalatkan bagi tujuan tertentu? Turut menjadi persoalan, peranan serta signifikan seni kepada masyarakat, lapor Sinar Online.

Apa saja berlaku di sekeliling kita dan masyarakat serta alam saling berkait dengan seni. Ini kerana seni boleh diinterpretasikan dalam pelbagai bentuk dan medium.

Jika kita melihat aspek lebih luas, seni ini juga melibatkan alam semesta. Namun wacana dalam akhbar atau media mengehadkan seni ini hanya pada drama, teater, filem, puisi, lagu dan tarian semata.

Malah ungkapan-ungkapan ‘aku anak seni’, hanya dalam konteks yang terbatas. Mahasiswa juga tidak dapat lari dari terbabit dengan seni.

Apa pula tafsiran empat ahli panel berkenaan mengenai seni. Ikuti forum penuh mereka dalam Sembang Siswa minggu ini.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *