Pemuda AMANAH Sabah gesa SPR edar RDPT kepada parti politik, jangan nafi hak mereka

KOTA KINABALU: Pemuda AMANAH Sabah melahirkan kekesalan di atas tindakan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menafikan hak setiap parti politik di negara ini mendapatkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) pada setiap suku daftar pemilih.

Umum mengetahui, salah satu akses parti-parti politik di Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai pengundi baharu dan membantah pengundi yang meragukan pada setiap suku adalah melalui RDPT yang diedarkan pada setiap suku daftar pemilih.

RDPT ini diedarkan secara percuma kepada parti-parti politik dalam bentuk cakera padat.

Dalam tempoh masa sebulan, parti politik boleh menyemak dan menyatakan bantahan kepada SPR sekiranya terdapat sebarang keraguan dalam daftar pemilih tersebut sebelum digazetkan.

Ini ekoran tersebar menerusi surat (S.P.R 600-3/1/4) bertarikh 18 April 2017, yang bertajuk “Larangan Pengedaran Salinan Rang Daftar Pemilih Tambahan (Buku dan Cakera padat) kepada Parti Politik, pihak SPR menyatakan RDPT tidak lagi diedarkan kepada parti-parti Politik.

Ketua Pemudanya, Khairuddin Daud menuntut penjelasan SPR sama ada benar ataupun tidak surat yang diedarkan.

“Sekiranya benar, Pemuda Amanah Nasional menggesa arahan tersebut ditarik balik. Selepas itu, pihak SPR mengesahkan kesahihan surat tersebut dan telah diedarkan disetiap negeri.

“Pemuda Amanah Sabah mengulangi pendirian untuk SPR menarik balik arahan tersebut. Pada hemat kami, akses terhadap RDPT adalah wajar diteruskan dan perlu diperluaskan tidak hanya kepada parti-parti politik malah kepada NGO untuk tujuan penilaian.

“Kami membantah sebarang usaha bagi menafikan hak rakyat bagi mendapatkan akses RDPT tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pemuda AMANAH Sabah juga mahu SPR memberikan tumpuan terhadap penguatkuasaan Akta Kesalahan Pilihanraya yang telah diluluskan di Parlimen itu.

“Sebagai bukti, sewaktu pilihanraya umum ke-13, UMNO-BN bebas membeli undi dibeberapa kawasan pilihan raya dan SPR hanya membisu dalam isu ini.

“Lebih malang lagi, senarai daftar pemilih juga tidak bersih. Masih terdapat keraguan dalam senarai daftar pemilih yang digazetkan,” dakwanya menafikan hak parti politik bagi membuat bantahan terhadap senarai daftar pemilih.

Katanya lagi, walaupun SPR bernaung dibawah Jabatan Perdana Menteri, maka SPR perlu bebas daripada sebarang tekanan politik atau mana-mana pihak

“SPR jangan menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Sebagai sebuah suruhanjaya, kami percaya, SPR mestilah bebas daripasa sebarang pengaruh parti Politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang,” tegas Khairuddin.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *