RON95 turun 6 sen, RON97 turun 5 sen, diesel turun 7 sen

KUALA LUMPUR: Harga petrol dan diesel turun bagi minggu 27 April-3 Mei, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Selepas tengah malam semalam, RON95 akan dijual pada harga RM2.21 seliter berbanding RM2.27 minggu lepas; RON97 RM2.49 berbanding RM2.54; dan diesel RM2.14 berbanding RM2.21.

Harga mingguan petrol dan diesel yang ditetapkan kerajaan diumumkan setiap hari Rabu. Harga baharu berkuatkuasa selepas tengah malam.

Sebelum ini kerajaan melakukan penetapan harga secara bulanan melalui sistem apungan terurus menggunakan mekanisme harga automatik, yang dilaksanakan pada 1983.

About The Author

Related posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *